Friday, July 17, 2009

Teruja....

Paling-paling Abah suka bila melayari laman web sekarang ni ialah bila terjumpa posting2 tentang pengalaman menunaikan haji dan umrah. Kadang-kadang bukan setakat terjumpa, malah Abah akan mencari posting2 berkenaannya. Teruja yang amat-amat sangat. Abah dan Ummi amat-amat mengharapkan agar Allah s.w.t. memberikan jemputanNya kepada Abah dan Ummi untuk turut sama bersama jutaan umat di tanah suci kelak. Melihat panorama di kedua tanah suci, Makkah dan Madinah, makin mengasak diri untuk ke sana.
Kursus Haji Bersiri yang akan melabuhkan tirainya seminggu lagi seakan sekejap dilalui. Berinteraksi dengan bakal-bakal jemaah seakan mendorong diri sendiri. Moga Allah perkenankan permohonan ini.
Hari Khamis, 16 Julai 2009, Abah dan Ummi ke Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Surat pemberitahuan untuk menjalani rawatan tiba di tangan Abah pada 26 Jun lagi. Diberikan masa bermula pukul 8.00 pagi, Abah dan Ummi mengambil keputusan untuk mengikuti masa yang ditetapkan itu. Rasanya awal lagi, tetapi, rupa-rupanya telah ada yang lebih awal dari Abah dan Ummi. Abah mendapat nombor giliran 4, manakala Ummi pula 5. Bermula dengan pemeriksaan tekanan darah, berat dan tinggi, kemudian Abah dan Ummi ke makmal untuk menjalani pemeriksaan darah. Seterusnya, mendaftar di kaunter untuk pengesahan doktor pula. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah. Akhirnya, Abah dan Ummi ke bilik rawatan untuk mendapatkan suntikan yang diwajibkan kepada setiap bakal jemaah. Halusnya jarum suntikan yang mencucuk bahu menandakan tamatnya sebahagian daripada prosedur yang Abah dan Ummi perlu ikuti. Keseluruhannya, masa yang diambil kira-kira 3 jam. Alhamdulillah, kesyukuran yang dapat Abah dan Ummi panjatkan ke hadrat Ilahi.
Harapan dan doa Abah dan Ummi, moga diperkenan olehNya.

1 comment:

  1. salam,

    hati kak nab tersentuh dgn entri nih...bukan org yg pertama kali nak gi haji yg teruja sedemikian rupa...kita yg dah pernah ke sana pun teruja yg amat bila baca / dgr / tgk gmbr / video dari tanah suci...hati sentiasa rindu akan tanah suci makkah & madinah.

    semoga perjalanan anda berdua akan dipermudahkan..insya Allah.

    ReplyDelete