Sunday, September 13, 2009

Astaghfirullahal 'azim... Tidak terdetik di Hati Ini....

Astaghfirullah..... Dimulakan catatan ini dengan penuh perasaan agar diampunkan Allah akan diri ini. Di sekolah, teman baik, Cikgu F menanyakan tentang tarikh Haji. Sebenarnya, Abah baru selesai menelefon Syarikat BTT menanyakan soalan yang sama. Jawapan yang menggembirakan dan Abah mengucapkan kesyukuran ke hadratNya. Pegawai yang Abah hubungi menyatakan Abah sudah boleh untuk membuat bayaran bagi memenuhi jumlah yang sepatutnya dijelaskan.

Apa yang menjadikan hati Abah sendu ialah pertanyaan Cikgu F tadi. Tidaklah Abah menyalahkannya, yang sekadar ingin tahu perbelanjaan yang akan Abah bayarkan nanti. Tetapi, selepas Abah memberitahu beliau, tiba-tiba Abah khuatir bahawa ianya menyebabkan hati Abah berbolak-balik. Terpaksa kemudiannya Abah menjelaskan kepada Cikgu F tentang duduk perkara sebenarnya. Alhamdulillah, beliau memahami keadaan diri Abah.

Esok pula, Abah dan Ummi akan ke pejabat TH di PM ini untuk urusan penyerahan pasport. Moga dipermudahkan olehNya. Juga dipohonkan agar diperkenankan hasrat Abah dan Ummi untuk ke Tanah Suci pada musim ini. Itulah doa Abah dan Ummi.....

2 comments:

  1. salam

    moga dipermudahkan segala urusan menuju ke jalan Allah...dijemput sbg tetamuNya..

    ReplyDelete
  2. Salam Cikgu Mas. T/kasih atas doa. Saya sekadar mencurahkan hasrat hati.... Astaghfirullah.

    ReplyDelete