Thursday, September 24, 2009

Sekalung Penghargaan Buat Prof MKI





Abah sekadar mengenali Profesor Mohd kamil Ibrahim ini melalui internet. Blog beliau amat terkesan di hati Abah. Semuanya bermula dengan pencarian terhadap ibadat haji dan akhirnya, Abah terjumpa ruangan Prof tersebut. Bermula dari situ, Abah tidak ketinggalan mengikuti setiap nukilan beliau. Kadang-kadang, Abah akan memberikan sedikit komentar di ruangan berkenaan. Kemudahan SMS turut Abah gunakan untuk berhubung dengan beliau. Beberapa persoalan yang Abah lontarkan mendapat respon sewajarnya, hinggakan seakan-akan beliau bukanlah seorang Pengarah Pusat Pengajian Tinggi, sebaliknya seorang sahabat rapat. Tiada riak atau nada ego mahupun tinggi diri dapat dilihat daripada penulisan beliau.

Beberapa buah hasil karya Prof MKI berada dalam simpanan Abah. Travelog Haji, Traveloh Dakwah serta VCD Motivasi Haji yang bertandatangan beliau. Membaca Travelog Haji, membawa diri Abah jauh ke sana. Memotivasikan jiwa untuk turut sama mendapat hidayaNya. Seperkara yang menarik, kita hanya perlu nyatakan nama dan alamat penuh, dan kemudiannya bahan tersebut akan dihantar oleh beliau. Atas dasar kejujuran itulah, Abah merasakan tiasa siapa yang ingin atau tergamak membuat penipuan terhadap beliau. Itulah Prof MKI.

Hari ini, sambil Abah ingin ke masjid untuk solat Zohor, Abah terpandang beberapa pucuk surat terikat kemas di dalam peti surat. Apabila diambil, salah satunya menarik perhatian Abah kerana ianya bercop negeri Johor, sedangkan seingat Abah, tiada rakan dari sana. Abah keluarkan kad Hari Raya dari dalam sampul, dan tergamam seketika melihat kandungannya. Kad Hari Raya dari seorang Profesor, yang tidak terjangkau dalam fikiran Abah akan mengirimkan untuk Abah. Siapalah Abah untuk diingati oleh seorang Pengarah Kampus. Sekali lagi, itulah Prof MKI.

Ruangan kecil ini rasanya tidak terlihat oleh Prof MKI. Namun, Abah nukilkan di sini setinggi-tinggi penghargaan buat beliau sekeluarga. Semoga dirahmatiNya sentiasa. Amin.

3 comments:

  1. salam KS Pulau..

    alahmdulilah..satu penghargaan yang amat mulia di lakukan leh PMKI pada kita emua...semoga allah swt mermberkati usaha beliau..insyalah

    waslam

    ReplyDelete
  2. salam cikgu KS

    itulah tanda org budiman,makin dia berilmu .makin dia berpangkat makin dia tunduk ke bumi,seperti resminya padi,makin tunduk makin berisi,berdoalah kita tak terbelenggu dgn sifat angkuh dan bongkak.Siapa kita untuk menjadi sombong,,

    P/S: org makkah dtg sini yer,dia masuk dr pintu umah CM agaknya..

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Lie & Cikgu Mas...
    Ingatan yg kita sendiri kadang2nya tak dapat buat mcm dia. Rasa dekat sgt.

    A ah... org Mekah dah sampai umah org KB, ikut pintu umah org Melaka. Ada barakah ni CM..

    ReplyDelete