Wednesday, September 23, 2009

Berhari Raya di Taman Kurnia Jaya

Cik Dah menghantar mesej bertanyakan kenapa tak datang ke rumah untuk beraya? Biasanya, tiap-tiap kali Hari Raya, Abah sekeluarga akan ke rumah emak saudara Ummi tu. Bila terima mesej, baru teringat belum lagi ke rumah mereka. Bertolak selepas solat Asar, tibanya hampir jam 6.30 petang. Kesesakan jalan raya begitu terasa.

Sedia ada di rumah Cik Dah ialah Mak Long sekeluarga yang tiba lebih awal lagi. Menjamu selera dengan mee yang baru disiapkan, kami bersolat Maghrib di rumah Cik Dah. Selepas itu, saling bertukar cerita. Abah dengan Ayah Kie dan Ummi pula di sebelah sana bersama emak saudaranya. Sedikit demi sedikit, perbualan kami beranjak ke perjalanan Haji Abah dan Ummi. Abah mengiakan pertanyaan Ayah Kie sama ada kami mendapat tawaran ke Tanah Suci.

Lebih menarik, Cik Dah mengeluarkan pakaian yang digunakan untuk menunaikan Umrah baru-baru ini.Ada jubah, telekung, beg uncang kasut, juga kain ihram. Cik Dah menceritakan suasana ketika mereka mengerjakan ibadat Umrah, dan penggunaan pakaian di sana. Disarankan agar Ummi membawa beberapa helai telekung untuk menunaikan ibadat di sana kelak. Ini untuk memudahkan perjalanan ibadat nanti.

Banyak perkongsian yang Abah dan Ummi peroleh. Terima kasih, Ayah Kie dan Cik Dah. Kemeriahan berhari raya bertambah bagi kami berdua. Sememangnya, jangka masa sebulan lebih ini begitu mengujakan, di sebalik itu juga makin mendebarkan hati. Seolah-olahnya, suatu penantian yang tak terbendung.....

Doa Abah dan Ummi sentiasa, Ya Allah...permudahkanlah perjalanan kami berdua....

2 comments:

  1. salam KS.

    janganlupa suruh abah dan Ummie jumpa cl tau disini nanti ..leh lah berkenalan dgn mereka..

    waslam

    ReplyDelete
  2. Salam CL.
    Subhanallah.....CL pun sudi menjengok juga blog tak seberapa ni.... Terima kasih banyak2. Abah & Ummi sebenarnya merujuk kp saya & isteri. Saya menggunakan ganti nama untuk anak2 kami.
    InsyaAllah akan jumpa CL nanti.

    ReplyDelete