Thursday, October 15, 2009

Diam atau berterus terang?

Sesungguhnya kami ke sana semata-mata untuk menuntut keredhaanMu. Jauhilah hati kami daripada sifat-sifat tercela. Ya Allah, kami mengharapkan keredhaanMu.

Kami telah memilih BTT untuk ke Tanah Suci. Kemudiannya, bilangan sebilik juga telah kami pilih. Bayarannya juga telah dijelaskan. Sebolehnya, kami tidak mahu membincangkan hal tersebut. Niat yang ikhlas sahajalah yang perlu disemai.

Tetapi, apabila berada dalam lingkungan yang ramai, akan ada yang bertanya tentang bilangan rakan dalam bilik kita. Ingin disembunyikan, rasanya tidak wajar. Bila dinyatakan pula, komentar pertama yang ditujukan kepada kita pula ialah, "Tentu kamu tidak mahu berkawan di sana kelak."

Mengapa begitu pandangan mereka?

Ya Allah, jauhilah kami daripada perkara-perkara yang tidak Engkau redhai....

2 comments:

  1. salam ks,

    alhamdulillah,
    biarlah mereka dengan pandangan mereka, yang penting kita tahu niat kita ke sana.
    Allah SWT telah memberikan kita rezeki dan Dialah juga yg menentukan perjalanan hidup seseorang.

    Bukan beerti, jika kita berdua sebilik, kita tidak mahu berkawan . Tapi itu kemudahan dan ketentuan Allah kepada hambanya.Kita semua selalu diingatkan , kita semua sama di sisi Allah SWT, yg membezakan kita hanya amalan.

    Semasa kami di sana, walaupun kami ditempatkan di sebuah hotel hanya 2 org sebilik ,seramai hampir 90 pasangan , tapi hubungan kekeluargaan dan silaturahim sesama kami sangat baik . Kami sering bertemu ketika di dewan makan, semasa majlis ilmu yg dianjurkan saban malam, semasa pergi menunaikan umrah , bersama2 bertolak ke arafah, mudzalifah dan mina. Sehingga sekrg kami masih berhubung di antara satu sama lain sebagai contoh saya menjadi rakan kepada Haji Irfan Bakti (jurulatih bolasepak perlis yg berasal dari kelantan) walaupun sebelum ini kami tidak mengenali antara satu sama lain , dan ramai lagi.

    mengenai solat jamak tamam bermaksud solat yang sempurna (4 rakaat zohor dikuti 4 rakaat asar)

    Caranya ialah satu azan dilakukan untuk kedua-dua solat, kemudian dua iqamah kepada kedua-dua solat yakni setiap satu solat, satu iqamah.

    Dalilnya terdapat di dalam hadith Haji Terakhir Nabi s.a.w. Baginda mengimami Solat Zohor dan Asar di Arafah di dalam Jama' Taqdim di mana azan dilakukan sekali, dan dua iqamah. Baginda juga melakukan Jama' Ta'khir solat Mahrib dan Isyak di Muzdalifah, juga dengan satu azan dan dua iqamah.

    Riwayat dari Jabir bin Abdullah r.a. : ..Kemudian dilakukan azan dan iqamah, kemudian mendirikan solat Zohor, kemudian dilakukan Iqamah dan bersolat Asar, dan baginda tidak melakukan solat lain di antara waktunya....kemudian baginda sampai di Muzdalifah dan bersolat Maghrib dan Isyak dengan satu azan dan dua iqamah" [Hadith Riwayat Muslim bil. 1218].

    Memang semasa di padang arafah, kita boleh melakukan solat jamak tamam zohor/asar apabila masuk waktu, dan magrib/isyak sebelum bergerak ke mudzalifah.

    tapi KS jangan risau, kerana imam yg ditugaskan akan memimpin semasa di sana.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Rezeki.....
    Terima kasih atas sokongan & penerangan Tuan. InsyaAllah niat kami tidak akan terpesong. Cuma, bila diserbu dg pertanyaan, terasa juga. Saya ingin mengemukakan sedikit persoalan kp Tuan, melalui e-mail.

    ReplyDelete