Wednesday, October 14, 2009

Kursus Haji Perdana - 4 (Ingatan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz)

Majlis Perasmian Kursus Perdana disempurnakan oleh YAB TG Menteri Besar Kelantan. Beliau mengimamkan solat Isyak dan kemudiannya memberikan ucapan. Perkara pertama yang disentuh oleh beliau tentang pembinaan saf untuk bersolat jemaah Isyak. Teguran yang ringkas tetapi pedas dan menusuk kalbu. Sememangnya untuk bersolat Isyak, masa yang diambil untuk membetulkan kedudukan saf agak lama. YAB TG meminta jemaah meninggalkan sikap kekampungan dalam perkara beribadat, terutamanya solat, kerana kesemua yang berada di dalam dewan sebenarnya akan ke Tanah Suci. Justeru, mengapa perbuatan tidak menggambarkan bahawa kita akan berangkat ke sana tidak lama lagi? Diperingatkan juga agar sentiasa berusaha untuk berada di saf hadapan di Tanah Suci kelak, kerana ganjaran pahala yang begitu besar.

Beberapa perkara yang disentuh oleh YAB TG begitu mengesankan. Beliau mengingatkan jemaah agar mengambil iktibar dari setiap perbuatan semasa mengerjakan haji kelak. Antaranya ialah :

1)Jangan ke Tanah Suci semata-mata untuk mengerjakan haji dan umrah, tetapi juga untuk melihat sendiri tempat pertama Nabi saw berdakwah di Safa.
2)Safa juga merupakan kisah cinta Siti Hajar kepada anaknya, Ismail. Sewaktu saie, ingatlah tentang kisah pengorbanan Siti Hajar ini.
3)Apabila melakukan korban, ingatlah kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail.
4)Lebih baik jemaah Haji berdoa dalam bahasa Melayu, daripada bahasa Arab sekiranya tidak memahaminya. Sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu.

Ya Allah! Jadikanlah kami hambamu yang bersyukur atas nikmatMu yang tidak terhingga...

2 comments:

  1. salam ks,

    mmg betul apa yg tg guru katakan,

    setiap perbuatan dan pekerjaan dlm ibadat haji, kita perlu ambil ikhtibar dripadanya supaya kita dapat menghayati dgn sepenuh hati mengapa ia dilakukan. Banyak pekara yg tersurat dan tersirat .

    mengenai kepentingan saf pula :

    sabda Rasulullah :

    Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97

    Keadaan saf ketika solat di 2 tanah haram sgt rapat kerana jemaahnya yg berjuta.
    Bagi lelaki , kadang kala kita tidak boleh duduk seperti mana biasa kita duduk disini ketika tahiyat akhir, maka kita duduklah seperti duduk antara dua sujud walaupun pada tahiyat akhir , jangan risau kerana ia bukan rukun dalam sembahyang.

    nikmatilah dengan sepuasnya kenikmatan beribadat di tanah suci nanti.

    doa saya agar Allah pempermudahkan segala urusan tuan suamiisteri di sana
    insyallah

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Rezeki.
    Saya bsgt berterima kasih atas komentar Tuan. Nampaknya banyak lagi yang saya terlepas pandang. Diharap Tuan sudi menulis peringatan2 Tuan utk saya ambil ingatan.
    Sekiranya boleh Tuan mencatatkan tentang solat jamak Tamam yg perlu kita laksanakan di Arafah, saya amat berbesar hati.
    T/kasih.

    ReplyDelete