Monday, October 12, 2009

Kursus Haji Perdana - 2 (Seakan di sana)

Selepas solat Asar, program pertama ialah melaksanaka tawaf dan saie Umrah, serta bergunting untuk bertahallul. Dengan berpakaian ihram selengkapnya, seolah-olah berada di sana.... Debaran untuk mengunjungi rumahNya makin terasa. Dan apabila diumumkan bahawa tawaf akan melibatkan kesemua hampir 2900 bakal jemaah haji, dapat dibayangkan betapa sesaknya kelak. Untuk menjadikan suasana seperti di sana nanti, bakal jemaah dibenarkan melaksanakan tawaf dengan pasangan masing-masing. Dapat dilihat kebanyakan jemaah ke sana ke mari mencari pasangan, tapi hanya segelintir yang dapat berjumpa. Ini baru hanya 2900 manusia, bukannya 3 hingga 4 juta yang akan dihadapi kelak.

Memulakan tawaf dan melakukan segala yang dipelajari selama ini, di samping penerangan oleh Ustaz dari pentas, menjadikan suasana begitu mengesankan. Kepadatan manusia menyebabkan peluh membasahi tubuh. Namun,suasana yang dirasakan tidaklah terlalu panas. Selesai 7 kelilingi, bucu kain Ihram dijadikan pengelap muka yang masih basah. Hampir 20 minit memakan masa menyelesaikan tawaf.

Di luar Dewan, Cikgu Hadi menyatakan bahawa padatnya manusia semasa melakukan tawaf tadi, hanya sedikit berbanding suasana sebenar kelak.

Ya Allah! Jadikan diri ini sentiasa ingin melakukan kebajikan.

5 comments:

  1. salam KS,

    alhamdulillah,
    semoga persiapan saudara dari segi mental dan fizikal dah sempurna.

    setiap hati dan perasaan para jemaah yg akan menunaikan haji , hanya Allah yang tahu.Semua ada, gembira, teruja, gementar dan bermacam2 lagi.

    Namun serahkan 100 % kepada Allah SWT kerana Dia Maha Berkuasa . Sentiasa panjatkan doa agar diberikan kesihatan, kekuatan dan kemudahan semasa di sana dalam mengerjakan segala ibadat dengan sempurna


    Insyallah, Allah SWT Maha Mendengar

    ReplyDelete
  2. salam KS,

    maaf , terlambat reply email tempohari krn baru buka email tu 2-3 hari lepas

    ReplyDelete
  3. Assamualaikum,
    Tahniah buat tuan KS, kami suami isteri juga akan berangkat ke sana pada 23/10. KT 14.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Rezeki...
    Terima kasih atas kesudian menjengah. Sekadar meluahkan rasa dan keterujaan hati.....

    ReplyDelete
  5. Salam limizia..
    Tahniah kerana menerima jemputanNya. InsyaAllah sama-sama doakan yg terbaik di tanah air dan di sana. Moga dpt berjumpa..

    ReplyDelete