Saturday, October 17, 2009

Hati Yang Tersentuh (Sirah Rasulullah)

Antara yang sering diulang baca ialah tentang Perang Hunain. Walaupun diulang berkali-kali, namun setiap kali itulah juga hati menjadi begitu sayu, tersentuh dengan ucapan Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah :

Selepas kemenangan di pihak Islam, Rasulullah s.a.w. membahagi-bahagikan harta rampasan perang. Penduduk Makkah yang baru memeluk Islam diberikan lebih banyak harta rampasan perang. Tindakan baginda itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir individu kaum Ansar, hingga timbul kata-kata yang kurang baik di belakang baginda. Kata Mereka,"Apabila bertemu kaum Quraisy, kita dilupakannya. Sedangkan darah musuh belum kering dari mata pedang kita." Demikianlah antara kata-kata segelintir orang Ansar yang menyinggung perasaan Rasulullah s.a.w.

Baginda kemudiannya menceritakan perkara sebenar yang menjadi isu. Baginda bersabda yang bermaksud,\;

"Aku berikan harta rampasan kepada penduduk Makkah, semata-mata hendak memujuk hati mereka yang baru sahaja memeluk Islam. Sementara kaum Ansar pulang ke Madinah walaupun tanpa harta rampasan perang, tetapi mereka akan pulang bersama Nabi Allah. Mana lebih baik, pulang bersama Nabi Allah ataupun dengan harta rampasan perang?"

Semua kaum Ansar menitiskan air mata selepas mendengar penjelasan daripada Rasulullah s.a.w.Mereka kesal kerana mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan kepada Rasulullah s.a.w. berhubung isu harta rampasan perang.....

3 comments:

  1. salam saudara KSPulau..

    satu cerita yang amat berguna pada kita semua...alhamdulilah..

    waslam

    ReplyDelete
  2. salam ks,

    apa yg berlaku menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua yg sarat dengan meksud yg tersirat dan tersurat

    ReplyDelete
  3. Salam CL & Tuan Rezeki...
    Sy suka membaca bhgn tu berkali2... kesyahduan masih terlekat di hati bila membacanya..

    ReplyDelete