Thursday, October 22, 2009

Selamat Berangkat, Tetamu Allah

Beberapa penerbangan telah pun berlepas. Di dalamnya tetamu-tetamu Allah yang bakal mengunjungi Tanah HaramNya. Perasaan mereka mungkin tidak tergambar oleh kita di sini. Namun, suatu yang pasti, keterujaan mereka semestinya membuak-buak. Antara kesyahduan meninggalkan segalanya di tanah air, dengan kepiluan untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah.

Seorang sahabat, Cikgu Hadi telah berlepas pagi ini dari stesyen berlepas di Terengganu. Kemudahan moden membolehkan ucapan selamat berangkat disalurkan melalui SMS. Juga pertemuan dengan beliau kelmarin tambah mengujakan diri sendiri. Semoga beliau dan semua mereka diberi kesihatan, dan kemudahan olehNya. Berserahlah sepenuhnya kepada kekuasaanNya.

Dalam debar hati merenungi keberangkatan sahabat dan semua yang telah berada di Tanah Suci Madinah, hati ini semakin berdebar menunggu tarikh yang ditetapkan.

Ya Allah, perkenankanlah permohanan hambaMu ini.....

3 comments:

  1. salam ks,

    debaran dan keterujaan dalam menuju satu fasa dalam kehidupan memperlengkap diri menghadap ALLAH SWT dalam mengerjakan rukun islam yg ke 5.

    hanya Allah saja yg tahu perasaan itu. Pergilah ke mana2 negara lain di dunia ini, namun perasaan keterujaan dan debaran tak akan sama bila hendak menunai haji.

    terkenang kembali semasa saya hendak ke sana.
    Wasiat telah diberikan , segala dokumen2 penting berkaitan apajua pun telah saya kemaskini dan diletakkan ditempat yang senang ditemui (sekiranya saya pergi tak kembali), semuanya yang dipinjamkan oleh ALLAH SWT ,saya tinggalkan di tanahair.

    Yang dibawa kesana hanya roh dan jasad dalam menghampirkan diri kepada Allah. Penyerahan diri kepada ALLAH dibuat secata TOTAL .

    Sentiasa memanjatkan doa dan bertawakkal kepada Allah SWT.

    Semoga perjalanan saudara dan isteri sentiasa dipermudahkan semasa di sana dan beroleh haji yg mabrur.

    p/s: bila tarikh penerbangannya?

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Rezeki.... Terima kasih atas penerangan. Sy ambil BTT, utk KT akhir belum ada lagi, sy tel TH cintact centre, minggu depan katanya, InsyaAllah.
    Boleh jelaskan ttg wasiat?

    ReplyDelete
  3. salam ks,

    sebenarnya wasiat adalah satu elemen yg penting dalam islam.

    “Kamu `DIWAJIBKAN’, apabila seseorang dari kamu hampir maut (mengingati mati), jika dia ada `Meninggal-kan Harta’, (hendaklah ia) membuat `WASIAT’ untuk Ibu Bapa dan Kaum Kerabat dengan cara yang Baik (Menurut Peraturan Agama), sebagai suatu `KEWAJIPAN’ atas orang-orang yang BERTAKWA”
    Al- Baqarah ayat 180

    “Seorang muslim yang mempunyai sesatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya”
    Riwayat: Bukhari dan Muslim

    Kita tidak tahu bila kita akan mati dan bentuk kematian kita tetapi yang pasti kita akan mati

    Jadi, langkah terbaik menurut islam , ialah melakukan wasiat samada lisan atau bertulis berkaitan harta yg ditinggalkan, tanggungjawab yg perlu diurus oleh waris, segala hutang piutang kita kepada org lain, segala hutang piutang org lain kepada kita , jadi sekiranya apa2 berlaku , maka mudahlah bagi waris menyelesaikan segala-galanya.

    Antara kepentingan wasiat ialah

    Mempercepatkan proses penyelesaian harta pusaka untuk dimanfaatkan oleh ahli keluarga dan waris ketika mereka sangat memerlukan.
    • Memastikan harta-harta diagihkan kepada pewaris yang berhak mengikut keinginan anda melalui cara yang betul.
    • Menamakan pihak bertanggungjawab yang boleh dipercayai untuk menjaga kebajikan waris anda.

    Yang demikian, bila kita pergi menunaikan haji meninggalkan waris kita dengan hati yang tenang, damai tanpa memikirkan soal lain.

    Wallahualam

    ReplyDelete