Tuesday, October 27, 2009

Surat Pengesahan Cuti Haji

Tarikh yang dijangkakan ialah pada 14 November 2009. Menurut Puan Ainus Syamsyi, Surat Pengesahan Cuti untuk dihantar kepada pihak majikan boleh diambil di pejabat BTT hari ini. Jadi, petang ini terus ke pejabat BTT di KB dan memang pihak BTT telah menyiapkan Surat tersebut. Ini merupakan suatu kewajaran untuk memuji pihak pengurusan BTT, kerana kita tidak perlu menunggu untuk mengambil apa yang dijanjikan tadi. Sebaliknya, mereka telah menyiapkan dan apabila sampai, sudah boleh diserahkan.

Sambil berbual, dinyatakan bahawa kesemua yang mendaftar dengan BTT telah diberi kebenaran untuk melaksanakan ibadat Haji pada musim ini. Kelihatannya,pihak BTT tidak menang tangan kerana bakal-bakal jemaah mula hadir untuk membayar tambahan pakej yang diambil. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadratNya di atas jemputan ke Tanah Suci.

Di kedai berhampiran, stokin, sarung tangan, dan kai tudung dibeli untuk persiapan lanjut. Berkenalan dengan beberapa makcik, nampaknya mereka turut sama untuk menyiapkan bekalan ke Tanah Suci kelak.

Makin mendekati hari, keterujaan serasa makin menjalar ke dalam diri. Namun, dalaman ini turut menyedari pentingnya untuk terus muhasabah diri. Semoga jendela yang tidak diingini akan terus tertutup kemas. Moga Allah mengekalkan kami dalam peliharaanNya. Kami mengharapkan rahmatMu, Ya Allah.....

2 comments:

  1. salam,

    alhamdulillah, perbanyakkan amalan sunat spt solat taubat dan solat hajat.Semoga tuan suami isteri sentiasa di bawah perlindungan dan kerahmatan Allah SWT

    ReplyDelete
  2. salam

    Alhamdulillah dan ku tiipkan doa kesejahteraan untuk cikgu dan isteri,moga sihat dan tip top kesihatan di sana..

    ReplyDelete